Monday, 19 September 2016

KENALI SIMBOL2 YANG MENYALA PADA METER KERETA ANDA


Hari ni sy nk share tentang simbol2 yang berada pada meter kereta anda.Tapi jangan pelik kalau kereta anda tidak mempunyai simbol2 yg sy nyatakan dibawah.kebanyakkannye simbol2 untuk kereta baru/import.Untuk kereta tempatan/lama hanya sesetengah yg ada.Tapi x kesah la,lama ke..baru ke jnji blh gerak ke mne2 ye x?hehehehe...





                                                                  BRAKE INDICATOR

Kebiasaan untuk simbol lampu ini adalah kerana anda sedang menggunakan handbrake, ataupun handbrake sedang aktif, selain itu untuk masalah yang jarang di hadapi adalah ianya menandakan bahawa terdapat masalah pada sistem brek, ABS ataupun cecair brake berkekurangan ( Low brake fluid )


TEMPERATURE METER/METER SUHU

Simbol tersebut menunjukkan ianya adalah bertujuan untuk mengukur suhu temperature pada bahagian coolant enjin kenderaan. Apabila tolok meter naik sehingga paras merah, ianya bermaksud air coolant di dalam radiator anda berada pada tahap yang kurang, kebocoran radiator ataupun masalah pada penutup kepala gasket. Jika ini terjadi segera berhentikan kenderaan dan buka bonet kemudian biarkan sehingga suhu panas berkekurangan seterusnya setelah sejuk, periksa radiator lihat paras air dan juga bawah radiator, sama ada terdapat kebocoran ataupun tidak.Periksa juga kipas sama ada berpusing atau tidak.


COOLANT FLUID CHECK/PENYEJUK


Ianya bermaksud cecair penyejuk coolant di dalam radiator anda berada dalam tahap yang rendah, seperti yang sebelumnya, simbol ini menandakan bahawa radiator anda mengandungi cecair coolant / penyejuk yang rendah.sila periksa dan tambah cecair penyejuk / coolant sebelum menggunakan kenderaan.Biasanya simbol ini ada pada kereta import.


OIL LEVEL/MINYAK LEVEL


Simbol berlampu yang bermaksud minyak enjin, sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan.Jangan biarkan lampu itu menyala terlalu lama,jika tidak mahu kerosakan pada enjin kereta anda.Kebanyakan orang panggil simbol ini dengan nama "teko".

BATTERY INDICATOR

Indicator yang bermaksud bateri kenderaan anda. Sekiranya ia terus bernyala selepas menghidupkan enjin kenderaan dan semasa mula berjalan, ianya bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, Masalah Kabel, Power Steering ataupun kemungkinan masalah pada cooler pump enjin anda.


SRS AIRBAG


Simbol yang bermaksud Beg Udara SRS. kebiasaannya lampu akan switch off sekiranya anda selesai memasang kerusi kanak-kanak, jika masih bernyala, kemungkinan ianya mengesan kerosakkan dan perlu di ganti sekiranya perlu.


TYRE PRESSURE MONITORING SYSTEM/
TYRE PRESSURE SISTEM PEMANTAUAN


Simbol ini menunjukkan bahawa tayar anda mengalami kekurangan angin, ianya dikesan melalui sistem sensor tekanan angin didalam tayar anda melalui tyre pressure monitoring system atau TPMS.

CHECK ENGINE INDICATOR

Bermaksud enjin anda memerlukan servis oleh kerana di sebabkan pelbagai faktor, berkemungkinan ada masalah di bahagian dalaman enjin yang memerlukan pemeriksaan, antara sebab ianya bernyala berkemungkinan di sebabkan kekurangan kuasa enjin, ataupun elektrikal sensor anda mengalami masalah.




No comments:

Post a Comment