Monday, 19 September 2016

KENALI SIMBOL2 YANG MENYALA PADA METER KERETA ANDA


Hari ni sy nk share tentang simbol2 yang berada pada meter kereta anda.Tapi jangan pelik kalau kereta anda tidak mempunyai simbol2 yg sy nyatakan dibawah.kebanyakkannye simbol2 untuk kereta baru/import.Untuk kereta tempatan/lama hanya sesetengah yg ada.Tapi x kesah la,lama ke..baru ke jnji blh gerak ke mne2 ye x?hehehehe...





                                                                  BRAKE INDICATOR

Kebiasaan untuk simbol lampu ini adalah kerana anda sedang menggunakan handbrake, ataupun handbrake sedang aktif, selain itu untuk masalah yang jarang di hadapi adalah ianya menandakan bahawa terdapat masalah pada sistem brek, ABS ataupun cecair brake berkekurangan ( Low brake fluid )


TEMPERATURE METER/METER SUHU

Simbol tersebut menunjukkan ianya adalah bertujuan untuk mengukur suhu temperature pada bahagian coolant enjin kenderaan. Apabila tolok meter naik sehingga paras merah, ianya bermaksud air coolant di dalam radiator anda berada pada tahap yang kurang, kebocoran radiator ataupun masalah pada penutup kepala gasket. Jika ini terjadi segera berhentikan kenderaan dan buka bonet kemudian biarkan sehingga suhu panas berkekurangan seterusnya setelah sejuk, periksa radiator lihat paras air dan juga bawah radiator, sama ada terdapat kebocoran ataupun tidak.Periksa juga kipas sama ada berpusing atau tidak.


COOLANT FLUID CHECK/PENYEJUK


Ianya bermaksud cecair penyejuk coolant di dalam radiator anda berada dalam tahap yang rendah, seperti yang sebelumnya, simbol ini menandakan bahawa radiator anda mengandungi cecair coolant / penyejuk yang rendah.sila periksa dan tambah cecair penyejuk / coolant sebelum menggunakan kenderaan.Biasanya simbol ini ada pada kereta import.


OIL LEVEL/MINYAK LEVEL


Simbol berlampu yang bermaksud minyak enjin, sekiranya semasa memandu dan lampu merah pada simbol ini bernyala, ianya bermaksud enjin anda kekurangan minyak hitam / minyak enjin, top up dengan minyak enjin yang baru sebelum meneruskan perjalanan.Jangan biarkan lampu itu menyala terlalu lama,jika tidak mahu kerosakan pada enjin kereta anda.Kebanyakan orang panggil simbol ini dengan nama "teko".

BATTERY INDICATOR

Indicator yang bermaksud bateri kenderaan anda. Sekiranya ia terus bernyala selepas menghidupkan enjin kenderaan dan semasa mula berjalan, ianya bermaksud ada masalah pada alternator, sambungan bateri, Masalah Kabel, Power Steering ataupun kemungkinan masalah pada cooler pump enjin anda.


SRS AIRBAG


Simbol yang bermaksud Beg Udara SRS. kebiasaannya lampu akan switch off sekiranya anda selesai memasang kerusi kanak-kanak, jika masih bernyala, kemungkinan ianya mengesan kerosakkan dan perlu di ganti sekiranya perlu.


TYRE PRESSURE MONITORING SYSTEM/
TYRE PRESSURE SISTEM PEMANTAUAN


Simbol ini menunjukkan bahawa tayar anda mengalami kekurangan angin, ianya dikesan melalui sistem sensor tekanan angin didalam tayar anda melalui tyre pressure monitoring system atau TPMS.

CHECK ENGINE INDICATOR

Bermaksud enjin anda memerlukan servis oleh kerana di sebabkan pelbagai faktor, berkemungkinan ada masalah di bahagian dalaman enjin yang memerlukan pemeriksaan, antara sebab ianya bernyala berkemungkinan di sebabkan kekurangan kuasa enjin, ataupun elektrikal sensor anda mengalami masalah.





CARA PENJAGAAN KERETA
Sebenarnya ramai yang tidak tahu tentang penjagaan kereta.Kebanyakkan  hanya pandai pakai je..kdg2 tu smpai ade yg lupe nak servis bile da smpai masa.Bila da bnyk problem..duit pun keluar bnyk,sape yg rugi??.Dibawah sya terangkan cara penjagaan kereta.
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. OIL FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km.Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. 
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. 
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5TIMING BELT
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km.
8AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.

Automatic Transmission Fluid (ATF)
Bendalir Transmisi Automatik

Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox memerlukan perbelanjaan yg besar.Mana yang pakai kereta import tu..mmg menangis la kalau gearbox problem..(hehehehe).So,klau xnak keluar modal yg besar...jaga la mnyak gear kereta anda ye...


KEROSAKAN AKIBAT TIDAK MENJAGA MINYAK HITAM




Inilah akibat bile x jage mnyak hitam.Make sure tukar minyak hitam tepat pd masa xkire la kereta tu sllu jalan atau x.klau lupe boleh la refer pd sticker yg terlekat kt cermin dpan ye.jgn thu tgk je..(.heheheheh).Satu lagi nk pesan..pada adik2..kakak2..makcik2..sebelum start enjin tu rajin2 la cek air dan mnyak hitam ye.pling x pun dlm seminggu tu cek la 2 kali.jgn smpai da rosak nt br nk mengomel ye...hihihi..agk2 klau xtahu cara nk cek tgglkan komen..nt asst sy akn trgkan..








AKIBAT TIDAK MENJAGA TIMING BELT




                                       


Peringatan ye semua....ini contoh akibat tidak menjaga timingbelt.Kesan dari itu boleh menyebabkan valve bengkok dan kos baik pulih juga tinggi ye..timing belt perlu ditukar 80,000km@100,000km@3tahun(mana yang sampai dulu diantara 3 tadi).so kepada semua pengguna sila take note ye..

Friday, 16 September 2016


MEMBAIKI KENDERAAN TAK KIRA APE JENIS MODEL,MENJUAL BARANG BARU DANTERPAKAI(insyaallah harga berpatutan).Perniagaan telah beroperasi dari tahun 2015 shingga la skrg.Buat masa ni kami belom buka bengkel lagi,tapi kami membaiki kenderaan dirumah.So jika kenderaan anda bermasalah sila refer pada no yg tertera ye....SOKONGAN DARI ANDA AMAT BERMAKNA BUAT KAMI..